bela ikan keli dalam timba

ikan keli adalah antara ikan yang mudah dibela kerana tidak memerlukan pam oksigen. Antara percubaan membela ikan keli ialah membela didalam baldi besar. Air perlu ditukar setiap hari ataupun apabila air sudah nampak kotor.

Air buangan ikan keli ini biasanya digunakan untuk menyiram pokok yang ditanam. Apabila ikan keli sudah semakin besar, akhirnya ikan keli dipindahkan kedalam kolam yang lebih besar.

Antara tips membela ikan keli bagi membelanya sebagai hobi/kecil kecilan

1. benih ikan keli boleh didapati dari kedai akuarium yang menjual sebab makanan untuk ikan besar
2. buat permulaan boleh diberi makan cacing yang dijual di kedai akuarium sebagai makanan ikan gapi. Selepas beberapa minggu boleh diberi makan dedak apabila nampak ikan sudah mula membesar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus