kohlrabi akhirnya betul betul berisi

Alhamdulillah satu satunya "survivor" daripada batch pertama kohlrabi sedang menunjukkan tanda tanda betul betul berisi. Rakan rakanya yang lain terkorban akibat dimakan arnab, mati kekeringan dan sebab sebab yang lain.

Kohlrabi ini ditanam hampir setahun yang lalu. Benihnya cepat bercambah dan warna daunnya lain daripada sayuran yang lain. Sudah tiga kali diubah pasu apabila kohlrabi semakin besar. Pada pandangan saya saiz pasu 4 liter sangat sesuai. Kohlrabi diletakkan ditempat yang sedikit teduh dan mendapat cahaya matahari penuh pada waktu petang. Eksperimen ditempat panas terik kurang berjaya, pokok menunjukkan tanda tanda hendak daun hendak melecur.
kohlrabi satu masa dahulu dan setahun sudah berlalu

kohlrabi semakin berisi

InsyaAllah akan menyemai lagi benih kohlrabi dan  di beri anak semaian kepada rakan rakan supaya mereka dapat melihat pembesaran sayur unik ini.

Gambar terkini kan diletakkan kemudian.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos