timun liar dan serangga

Balik kampung sempat melawat rumah Pak Teh. Didepan rumah Pak Teh ada pokok jambu kampung. Sambil menjenguk buah jambu yang sesuai dimakan, ada timun liar yang tumbuh. Tak pasti apa panggilan timun ini. Ada serangga yang menjadikan timun ini sebagai sarang. Beranak pinak serangga ini pada juntaian timun.



Jambu kampung yang sesuai pada pendapat saya ialah pada ketika masih hijau, tapi tidak terlalu masak kerana biasanya jambu kampung yang masak banyak ulat. Isi jambu kampung tidak tebal tapi rasa masam dan manisnya memang menjadi kegemaran.

Ada satu jenis peria liar yang sangat pahit. Kalau kena pada lidah memang apa apa minuman manis pun tak terasa untuk satu jangka masa yang agak lama. Masa kecil kecil dulu jadi mainan kanak kanak untuk tengok siapa berani cuba rasa peria liar.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos