Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

perancangan menjala udang

di tempat tinggal baru, banyak jiran yang menjala udang diwaktu malam semasa musim timur ini. Ketika waktu malam sesuai untuk menjala udang kerana udang rapat ke tepi pantai. Namun, faktor keselamatan harus dititik beratkan seperti menjala berkumpulan dan mengenakan pelampung pada badan. Dulu dulu kerap menjala belanak di teluk kumbar bersama abang Rahman. Pernah dapat sehingga setimba. Digaramkan dan dibawa balik ke kampung sebelum dijemur. Rasanya sangat manis. InsyaAllah akan membeli jala baru untuk menjala udang dan ikan.

balik kampung: panggang ikan guna sabut

Imej
Alhamdulillah balik kampung pada minggu lepas bersempena hari raya cina. Melawat mak cik Mah di Pendang. Mak Tam dan Pak Tam balik cuti dengan saudara dari Johor satu bas ke Langkawi. Begitu juga dengan kak Chak, Bang Chak dan Haikal yang balik bercuti. Aktiviti yang sempat dibuat ialah panggang ikan. Stok ikan diambil dari kuala perlis. Ikan yang dipilih kali ini ialah ikan siakap. Disebabkan pemanggang kecil. Maka terpaksa dipotong dua ikan. Daun pisang dari lebihan daun membalut lopis digunakan untuk mengelakkan ikan rentung. ikan yang dipanggang menggunakan sabut mempunyai aroma yang tersendiri. Ikan dipanggang menggunakan sabut kelapa kering.  Petua memanggang menggunakan sabut kelapa: 1. himpun sabut kelapa membentuk unggun. Kemudian nyalakan sabut kelapa dengan kertas surat khabar. 2. Apabila api sudah tiada dan tinggal bara, maka bolehlah diletakkan ikan. 3. Tambah sabut dari masa ke semasa sehingga ikan masak. Keadaan kampung di belakang. Ayah dengan kudr

tuaian terung pendek pertama, 10 Feb 2012

Imej
Alhamdulillah, tuaian terung pendek pertama, InsyaAllah akan bawa balik ke kampung tunjuk pada mak. Buah terung jenis ini lebar di tengah. Buah berusia dalam seminggu lebih. buah terung pendek dalam sejengkal Kemaskini: buah terung dijadikan sayur dalam gulai ikan.

perkembangan cambahan terung dan cili dalam tisu dapur

Imej
Alhamdulillah, projek percambahan cili yang sepatutnya bermula awal januari akhirnya berjaya dimulakan. Dua benih cili dipilih, cilik solok dan cili yong peng. Cambahan terung kali pertama menggunakan kaeadah tisu menyebabkan keyakinan untuk menggunakan kaedah sama untuk benih terung dwi warna. Kesemua benih diperoleh dari blog tanamsendiri. semaian semaian benih didalam bekas kecil Tisu dapur elok dilipat dua untuk mengurangkan penyejatan air. Buat masa ini, selepas seminggu, cili yong peng sudah pun mula bercambah dan dipindahkan ke blok semaian. Manakala, dua lagi benih masih belum bercambah, masih menanti tanda tanda positif kemunculan akar pertama. jika perhati betul betul, kelihatan beberapa anak akar cili yong peng

tuaian minggu lepas, kangkung benih pokok sendiri

Imej
Alhamdulillah, kangkung yang disemai lebih sebulan dahulu sudah boleh dituai. kangkung dari benih tuaian sendiri yang dihimpun bulan lalu. Hasil dicelur dan dihidang bersama kentang rebus sebagai sayur untuk makan berbuka puasa sunat hari Khamis. Alhamdulillah

musim pancing ikan darat

Imej
Alhamdulillah, dapat merasa kembali suasana memancing ikan darat apabila tiba musim menuai padi. Dulu dulu Dulu, ayah selalu bawa kami adik beradik memancing ikan puyu di kawasan sawah. Berbekalkan buluh cina, mata kail saiz puyu yang dibeli dikedai dan tali nylon sudah cukup untuk memancing. Belalang menjadi umpan pilihan. Belalang paling dicari ialah belalang sehrah.  Geng pancing pun ramai dikampung, habis kolam dan parit diredah. Ada satu kes, kami silap pancing kolam orang, rupanya tokwan rumah tersebut membela ikan puyu dalam kolam tersebut. Akhirnya ikan yang dapat terpaksa dilepaskan balik. Banyak lagi pengalaman geng pancing yang akan diceritakan dilain kali. Sekarang Zaman berubah, buluh cina diganti dengan joran teleskopik dan umpan belalang diganti dengan cengkerik yang dijual dikedai akuarium. menunggu ikan makan umpan, kalau ada Alhamdulillah memancing ikan darat suasana tepian tali air yang mendamaikan Ikan ikan seperti puyu, ke

pokok cabai, kecil dan produktif

Imej
gambar pokok cabai dari posting yang lalu, kecil dan produktif walaupun sudah lama. cabai, tak pasti kena rupa agak pelik setelah dituai, dapat lebih kurang segenggam, Alhamdulillah

cambahan terung selepas seminggu

Imej
Alhamdulillah, selepas seminggu, beberapa semaian terung sudah mula bercambah. tidak semua semaian terung  bercambah

semaian sawi, makin disiram makin bercambah

Imej
sawi yang ditanam mempunyai fasa fasa percambahan, fasa percambahan pertama tidak banyak yang bercambah, selepas anak anak sawi ini diubah, biji sawi yang lain pula tumbuh selepas anak sawi besar sedikit dan diubah, biji sawi lain yang berada didalam tanah mula bercambah lagi. mungkin biji biji sawi mempunyai cara utk memastikan pertumbuhan tidak serentak. SubhanaAllah