perkembangan cambahan terung dan cili dalam tisu dapur

Alhamdulillah, projek percambahan cili yang sepatutnya bermula awal januari akhirnya berjaya dimulakan.

Dua benih cili dipilih, cilik solok dan cili yong peng. Cambahan terung kali pertama menggunakan kaeadah tisu menyebabkan keyakinan untuk menggunakan kaedah sama untuk benih terung dwi warna. Kesemua benih diperoleh dari blog tanamsendiri.

semaian semaian benih didalam bekas kecil
Tisu dapur elok dilipat dua untuk mengurangkan penyejatan air.

Buat masa ini, selepas seminggu, cili yong peng sudah pun mula bercambah dan dipindahkan ke blok semaian. Manakala, dua lagi benih masih belum bercambah, masih menanti tanda tanda positif kemunculan akar pertama.

jika perhati betul betul, kelihatan beberapa anak akar cili yong peng



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos