musim pancing ikan darat

Alhamdulillah, dapat merasa kembali suasana memancing ikan darat apabila tiba musim menuai padi.

Dulu dulu
Dulu, ayah selalu bawa kami adik beradik memancing ikan puyu di kawasan sawah. Berbekalkan buluh cina, mata kail saiz puyu yang dibeli dikedai dan tali nylon sudah cukup untuk memancing. Belalang menjadi umpan pilihan. Belalang paling dicari ialah belalang sehrah. 

Geng pancing pun ramai dikampung, habis kolam dan parit diredah. Ada satu kes, kami silap pancing kolam orang, rupanya tokwan rumah tersebut membela ikan puyu dalam kolam tersebut. Akhirnya ikan yang dapat terpaksa dilepaskan balik.

Banyak lagi pengalaman geng pancing yang akan diceritakan dilain kali.

Sekarang
Zaman berubah, buluh cina diganti dengan joran teleskopik dan umpan belalang diganti dengan cengkerik yang dijual dikedai akuarium.

menunggu ikan makan umpan, kalau ada Alhamdulillah

memancing ikan darat

suasana tepian tali air yang mendamaikan


Ikan ikan seperti puyu, keli dan haruan mudah didapati didalam tali air. Sesuai untuk dijadikan aktiviti santai bersama keluarga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus