perkembangan kebun perumahan 7 Oktober 2014

Alhamdulillah dapat meluangkan sedikit masa untuk menjenguk kebun perumahan. Antara perkembangan terbaru

Pokok Markisa
Benih pokok Markisa masih ada lagi dua pokok. Sudah lebih setahun usia benih pokok markisa. Cuma tidak dipindahkan ke atas tanah untuk tumbesaran.

Pokok tin
Tiga vareiti pokok tin sudah diambil. Masih lagi berada didalam bekas polibeg kerana tidak sempat untuk mengubah kedalam pasu. Harap harap akan lebih membesar selepas ini. Pokok perlu diletakkan ditempat yang terang supaya tidak berlaku pertumbuhan kulat.

Pecah beling
Pokok pecah beling dipangkas. Daun dituai untuk kegunaan membuat jus. Manakala batang disemai untuk dibiakkan di kampung pula.

Kompos
Jumlah kompos banyak, perlu disegerakan untuk dibawa balik ke kampung untuk dijadikan baja. Ruang perumahan juga akan jadi lebih kemas dan bersih.

Lain lain perancangan

InsyaAllah akan teruskan perancangan membeli ikan kaloi baru. Bekas akuarium kecil didalam rumah akan diletakkan diluar dan dijadikan tempat untuk ikan kaloi baru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus