perkembangan kebun perumahan 10 Januari 2016

Alhamdulillah, kerja kerja mengemas kebun perumahan hampir selesai.

Pokok herba sudah habis dipangkas. Daun daun yang kering dikumpulkan dan akan dibuang ke tong perbandaran.



Pokok tin green jordan
Buah pokok tin green jordan sangat menjadi sekarang. Hampir lima putik buah sedang membesar. Harap harap akan terus membesar dan masak.



Cabai solok
Pokok cabai solok didalam bekas polibeg sedang berbunga dengan lebat. Harap harap akan banyak yang menjadi buah. Manakala, pokok cabai solok didalam bekas polisterin pula sudah tidak produktif lagi. Kemungkinan akan diganti dengan cambahan bayam bagi satu musim sebelum ditanam dengan benih lain.

Pasu 
Pasu pasu sudah dikumpulkan dahulu dikawasan teduh kerana cuaca sangat panas sekarang. Keadaan ruang luar rumah nampak lebih kemas

Memancing
Alhamdulillah dapat memancing di kawasan perumahan yang dekat dengan sungai dan kawasan sawah padi. Ikan haruan berjaya dipancing dan dikurung didalam baldi. Namun, ikan berjaya melompat keluar dan mati. Ikan disiang, digaramkan dan dijemur untuk dijadikan sebagai ikan kering sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus