perkembangan kebun perumahan, pasu herba dan bayam

Alhamdulllah sedikit masa yang terluang dapat digunakan untuk menguruskan kebun perumahan. Cuaca sangat panas sekarang. Pokok perlu disiram sekurang kurangnya setiap dua hari untuk mengelakkan pokok kekeringan.

Pasu herba

Alhamdulillah, satu set pasu herba siap untuk dicuba. Pasu ini mengandungi pokok ulam raja, cekur manis, cekur hitam, som jawa, kaduk dan sambung nyawa. Air dari sistem penapisan kolam ikan diambil untuk menyegarkan kembali tanah yang sudah kering.



Bayam

Bayam daun bulan akhirnya dapat dituai. Hanya sebatang pokok bayam sahaja yang tumbuh. Daun bayam begitu besar hampir saiz tapak tangan. Tiada baja kimia yang digunakan. Masih terdapat anak anak bayam yang mencuba nasib untuk hidup dimusim kering dan panas ini. Pokok rumput Israel pula lebih cepat membesar berbanding anak sayur bayam. Jadi, kerja mencabut anak rumput Israel dilakukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus