balik kampung 17 Januari 2016

Alhamdulillah, dapat balik ke kampung pada cuti hujung minggu kali ini. Projek membersihkan kampung yang tertangguh cuba dilaksanakan.



Tebas buluh
Buluh cina yang dijadikan sebagai pagar dihadapan rumah perlu ditebas setiap satu bulan. Jika tidak ditebas, buluh akan merimbun dan nampak tidak terurus. Selepas buluh ditebas, halaman depan rumah nampak lebih kemas. Pagar buluh ditebas menggunakan golok yang diasah tajam. Harus berhati hati menggunakan golok agar tidak terkena tanga. Sebaiknya kerja menebas dilakukan dengan memakai baju lengan panjang untuk mengelakkan lengan menjadi calar balar.

Tebang pokok seralat
Pokok seralat ditepi rumah ditebang kerana sudah tinggi dan terlalu hampir dengan rumah. Dengan menggunakan khidmat pak lah penebang pokok kerja menebang dapat dihabiskan dari waktu tengah hari sehingga ke petang. Kepakaran diperlukan untuk menebang pokok untuk memastikan pokok tidak menghempap bumbung rumah.

Memancing
Alhamdulillah dapat memancing ikan haruan lagi pada minggu ini dikampung. Air parit meningkat tinggi kerana air dari hulu dilepaskan. Jadi ikan banyak bermain dikawasan berumput dan semak. Dapat juga akhirnya seekor ikan haruan setelah seharian memancing.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus