balik kampung 26 Mac 2017
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada hujung minggu lepas. Kebetulan cuti sekolah, jadi anak anak saudara ramai yang balik ke kampung. Sekam padi Alhamdulillah tugasan memindahkan sekam padi ke perdu pokok pisang akhirnya berjaya diselesaikan dengan tenaga kerja bang tam yang balik dari Kuala Lumpur. Bang Tam memulakan kerja kerja mengangkut sekam padi dahulu pada hari sabtu. Kemudian kerja disiapkan sepenuhnya pada hari ahad. Hampir tiga jam diperlukan untuk memindahkan sekam padi terakhir ke perlu pokok pisang. Cuaca agak panas, jadi banyak perlu minum air dan berehat untuk menyiapkan kerja ini. Terung dan bendi Pokok terung semakin membesar dan sudah mula menunjukkan tanda tanda akan berbunga. Terdapat pelbagai fasa pokok terung didalam batas tanaman. Ada yang masih lagi kecil dan ada yang sudah sedia berbunya. Pokok pokok terung adalah lasak dan dapat meneruskan proses pembesaran bila keadaan sudah sesuai. Benih bendi yang disemai secara tabur kering kedalam lubang semaia...