balik kampung 26 Mac 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada hujung minggu lepas. Kebetulan cuti sekolah, jadi anak anak saudara ramai yang balik ke kampung.

Sekam padi

Alhamdulillah tugasan memindahkan sekam padi ke perdu pokok pisang akhirnya berjaya diselesaikan dengan tenaga kerja bang tam yang balik dari Kuala Lumpur. Bang Tam memulakan kerja kerja mengangkut sekam padi dahulu pada hari sabtu. Kemudian kerja disiapkan sepenuhnya pada hari ahad. Hampir tiga jam diperlukan untuk memindahkan sekam padi terakhir ke perlu pokok pisang. Cuaca agak panas, jadi banyak perlu minum air dan berehat untuk menyiapkan kerja ini.

Terung dan bendi

Pokok terung semakin membesar dan sudah mula menunjukkan tanda tanda akan berbunga. Terdapat pelbagai fasa pokok terung didalam batas tanaman. Ada yang masih lagi kecil dan ada yang sudah sedia berbunya. Pokok pokok terung adalah lasak dan dapat meneruskan proses pembesaran bila keadaan sudah sesuai.

Benih bendi yang disemai secara tabur kering kedalam lubang semaian sudah mula bercambah. Apabila keadaan cuaca sudah mulai hujan dengan konsisten. Benih benih bendi mulai bercambah. InsyaAllah akan menambah lagi keluasan tanaman kebun.

Ubi kayu
InsyaAllah akan cuba menyemai benih ubi kayu dikawasan tepi sungai yang sudah dibersihkan. Disamping itu, akan cuba menyemai benih bendi juga.

Memancing
Pada minggu ini, tiada ikan yang berjaya dipancing. Ikan ikan haruan nampaknya mulai membiak dengan banyak pada musim hujan. Didalam parit kelihatan banyak gerombolan ikan haruan yang dijaga oleh induk ikan haruan. Kebiasaanya, induk ikan haruan amat garang dan akan memakan umpan. Namun, kali ini, tiada yang berjaya dipancing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus