perkembangan kebun perumahan Mac 2017

Alhamdulillah kebun kampung dapat bersiaran lagi setelah lebih sebulan tiada perkembangan. Musim kering di utara sudah sampai ke kemuncak. Cuaca sangat kering dan hujan lebat sudah hampir beberapa minggu tidak turun kecuali hujan sekejap sekejap sahaja. Tali air menjadi kering kontang. Musim penanaman padi di kawasan alor setar mungkin hanya akan dimulakan pada bulan April.

Pokok pokok terung yang ditanam masih lagi bertahan didalam cuaca panas dan kering ini. Pada waktu petang ayah akan menjirus pokok pokok terung yang masih hidup untuk memastikan pokok terus hidup.

Pokok bendi juga masih lagi bertahan. Buah buah yang terhasil tidak dituai sebaliknya dibiarkan masak untuk dijadikan stok biji benih.

Memancing
Alhamdulillah, dimusim kering ini lebih mudah untuk memancing ikan darat kerana ikan tertumpu dikolam dan sungai sungai sahaja. Ikan puyu dan haruan dapat dipancing dengan lebih mudah. Hasil pancing dibuat masak pindang ataupun dibuat pekasam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus