balik kampung 19 Mar 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Cuaca panas di siang hari, namun hujan mulai turun pada waktu malam. Musim angin timur nampaknya sudah sampai ke penghujungnya. Bendang yang sejak sebulan lebih kering dan merekah mulai digenangi air. Kelembapan air yang tinggi dan suhu waktu siang yang tinggi menjadikan waktu rehat pada waktu siang kurang selesa.

Sekam padi
Setiap kali musim penuaian padi, banyak sekam padi yang terhasil. Ayah telah membeli tiga lori sekam padi yang dilonggokkan kedalam kebun pisang. Jadi, tugasan rutin untuk beberapa minggu ini ialah untuk mengangkut sekam padi dan dipindahkan ke perdu pokok pisang sebagai baja.

Pisang
Pada musim kering ini, banyak pisang yang berbuah, namun ada banyak yang patah kerana kekurangan air apabila mula mengeluarkan buah. Jadi, pokok pokok ini perlu ditebang kerana pisang yang dihasilkan kemungkinan tidak akan masak dan buah yang dihasilkan adalah kecil.

Ayam belanda dan itik
Ayam belanda yang dibela ayah sudah mula hendak bertelur. Namun, ketiadaan tempat yang sesuai menyebabkan telur telur ayam belanda dimakan oleh binatang liar.

Itik pula kadang kadang bertelur merata rata tanpa bertelur didalam sarang. Terdapat juga itik yang menumpang bertelur disarang ibu ayam.

Ikan puyu
InsyaAllah akan cuba membuat perangkap ikan yang lebih besar untuk memerangkap ikan puyu yang banyak terdapat disungai. Kebanyakkan masa yang ada diluangkan untuk memancing ikan haruan sahaja.

Disamping itu, masih teringat lagi nostalgia ketika sungai banyak dipenuhi dengan tangkul ikan. Namun kini, tangkul tangkul ikan bersaiz besar sudah jarang didapati dikawasan sungai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang