balik kampung 27 Mei 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu pertama puasa ramadhan 1438 Hijriah. Balik kampung dengan harapan untuk menjenguk kebun kampung yang lama terbiar. Disamping itu, menyambut hari pertama puasa bersama mak dan ayah di kampung.

Bendang

Balik kampung kali ini dapat juga menjenguk bendang yang disewakan kepada orang kampung. Padi sudah berusia hampir sebulan. Ada kawasan bendang yang kosong tanpa anak padi. Kemungkinan tidak sempat diurus oleh pengusaha bendang ayah kali ini. Anak anak padi boleh lagi dipindahakan kekawasan yang kosong untuk mengelakkan binatang berkubang apabila padi mulai membesar. Disamping itu, kawasan bendang yang kosong tidak akan memberi apa apa hasil. Apakan daya, masa sangat terbatas bagi membantu urusan bendang. Sekurang kurangnya dengan adanya orang mengerjakan bendang ayah, sedikit sebanyak  mengurangkan kerisauan ayah dalam urusan mengerjakan bendang.

Terung dan bendi

Nampaknya pokok pokok terung habis mati diserang bena putih. Tiada lagi anak pokok terung yang hidup. Pokok bendi pula masih lagi membesar. Buah bendi perlu dituai dengan cepat untuk mengelakkan buah menjadi terlalu berserat.

Bunga kantan

Alhamdulillah, anak pokok kantan masih lagi bertahan walaupun tempat penanaman sering dilanda banjir. Kebetulan bulan ini, kerap hujan dikawasan kampung.



Pisang

Banyak pisang yang mulai masak dibelakang rumah. Ada yang sudah terlalu ranum dan dimakan oleh burung. Buah yang masih elok dibawa balik ke rumah. Buah yang banyak dibahagi bahagikan kepada jiran.



Bersih halaman rumah

Halaman kampung yang luas memerlukan penjagaan setiap bulan. Rumput perlu dipotong setiap bulan. Kerja kerja memotong rumput biasanya mengambil masa dua hari. Didalam keadaan berpuasa, kerja memotong rumput digagahi juga bagi memudahkan emak menyidai pakaian dan membuang sampah daun daun kering.

Disamping itu, longkang dan parit dipastikan tidak tersumbat kerana musim hujan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus