balik kampung 1 Mei 2017

Alhamdulillah cuti hari buruh dapat diluangkan di kebun kampung. Diantara aktiviti dapat dilaksanakan setelah tertangguh sekian lama



Pindah anak pokok kantan
Satu satunya anak benih pokok kantan yang masih hidup telah berjaya dipindahkan keatas tanah di kawasan belakang rumah. Akar pokok kantan sudah memenuhi pasu semaian dan sesuai untuk dipindahkan. Mata tunas baru juga kelihatan keluar dikawasan perdu pokok kantan. InsyaAllah harap harap sebelum akhir tahun ini, pokok bunga kantan akan berbunga.



pokok terung yang diserang penyakit

alhamdulillah ada sedikit hasil terung

Terung
Alhamdulillah terung terung sudah mula berbuah dan boleh dituai. Beberapa buah terung berjaya dituai. Namun, terdapat serangan bena putih pada pokok terung yang menyebabkan tumbesaran pokok terbantut. Bena putih ini dijaga oleh semut gatal. Ini mempercepatkan serangan bena ke pokok terung yang ada. Rawatan semburan racun perosak organik akan dicuba kepada bena putih ini.

kebun yang kelihatan semak dan perlu diperbaiki


Sekam padi
Sekam padi yang dibawa balik dari kebun pisang ayah dijadikan sebagai baja kepada pokok pokok terung dan bendi. Harap harap pokok akan membesar dengan baik.

Ulasan

  1. Pokok terung saya pun teruk kena serang dengan bena putih. Semua pokok saya cabut dan bakar. Tak menjadi tanam terung kali ni. Tahun lepas semuanya eluk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin boleh buat crop rotation,
      tanah tempat saya tanam ada sarang semut gatal, saya belum berjaya kawal lagi semut gatal yang menjadi agen penyebar bena putih

      harap harap bena putih akan terkawal di kebun puan

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos