perkembangan kebun perumahan 23 Mei 2017

Alhamdulillah ada sedikit masa untuk aktiviti berkebun di kawasan perumahan. Beberapa aktiviti yang sudah lama tertangguh berjaya dilaksanakan.

Baiki bumbung

Bumbung plastik diruang hadapan rumah sudah mulai pecah dan bocor. Apabila berlaku hujan lebat, air akan melimpah ke kawasan parkir jiran. Sudah lama bumbung plastik dibeli untuk dijadikan sebagai ganti. Namun, ruang dan kesempatan tidak ada sebelum ini. Jadi, hujung minggu yang ada diluangkan juga untuk aktiviti membaiki bumbung supaya air hujan tidak lagi melimpah ke rumah jiran. Secara kebetulan, jiran meminjamkan tangga untuk aktiviti membaiki bumbung. Jadi, aktiviti membaiki bumbung menjadi lebih mudah, selamat dan cepat.

Masih lagi ada bumbung yang perlu dibaiki, namun cukuplah kali ini bahagian yang kritikal dibaiki dahulu. Satu lagi kawasan bumbung memerlukan bumbung plastik dipotong dahulu kerana pemasangan bukan mengikut saiz standard.

Disamping itu, daun daun yang memenuhi "gutter" di buang bagi memastikan tiada air yang bertakung.

Terdapat juga air yang bertakung didalam bekas penapis akuarium. Air yang bertakung sudah menjadi tempat pembiakan nyamuk dengan kehadiran jentik jentik didalam air. Sebagai penyelesaian, beberapa ekor ikan guppy dibeli untuk memakan jentik jentik.

Tebang pokok tebengau

Pokok tebengau yang ditanam didalam pasu pula sudah membesar dengan cepat dan melepasi paras bumbung tempat parkir kereta halaman rumah. Dahan dahan ditebang dan dibuang kedalam tong sampah besar. InsyaAllah pokok ini akan dibawa balik ke kampung untuk ditanam dibelakang rumah pula.

Disamping itu, pokok pokok herba yang semakin meninggi juga ditebang supaya halaman rumah nampak kemas.

Tuaian cili

Alhamdulillah cili yang ditanam masih mengeluarkan hasil yang lebat. InsyaAllah cili padi ini akan dijadikan sebagai sambal untuk dimakan bersama juadah berbuka puasa.



Memancing

Alhamdulillah, masih ada rezeki memancing ikan haruan kali ini. Setelah kempunan ikan yang dipancing sebelum ini mati akibat melompat dari tempat menyimpan ikan. InsyaAllah ikan haruan akan dijadikan masak lemak dan digoreng untuk juadah berbuka puasa.


Alhamdulillah laman kebun perumahan nampak lebih kemas. Ada beberapa lagi kerja yang perlu dilakukan bagi menjadikan kebun perumahan lebih ceria. InsyaAllah pam baru akan dicari bagi kolam ikan dan barang barang yang tidak perlu berada dihadapan rumah akan disimpan didalam stor.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus