ulat bulu pada tanaman cili

tanaman cili di kebun perumahan masih lagi memberi hasil yang baik. Cuma, vareiti yang ditanam adalah dari benih cili kering yang dibeli di kedai. Buah buahnya kurus kering. Cukuplah untuk dijadikan penambah perisa didalam kuah kicap dan telur dadar.


Baja yang digunakan hanyalah dari sisa dapur seperti air basuhan beras, air basuhan ikan dan kulit kupasan buah buahan dan kulit telur. Kasihan juga kepada pokok cili yang ditanam kerana sering layu akibat kekurangan air apabila tuannya tidak sempat menyiram bila balik ke kampung. Pokok cili yang serign layu akan mengalami tekanan dan mudah diserang penyakit. Namun, tanaman cabai masih lagi bertahan walaupun nampak tanda tanda tertekan seperti diserang perosak lalat putih.

Perosak terbaru yang hinggap di tanaman cili ialah ulat bulu. Tidak pasti jenis ulat bulu yang hinggap di tanaman. Namun, harus lebih berhati hati untuk menuai tanaman cili selepas ini. Takut takut kulit terkena ulat bulu. Buat masa ini, saya hanya memerhatikan perkembangan ulat bulu. Harap harap tidak ada lagi populasi baru ulat bulu.

Jika ada, kemungkinan langkah menghapuskan ulat bulu akan diambil.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang