balik kampung raya 2017

Alhamdulillah selesai balik kampung beraya tahun ini. Hampir seminggu suntuk masa dihabiskan bercuti dikampung.

Tanah kebun pisang dan kebun kelapa

Alhamdulillah masa yang ada sempat juga untuk menjenguk kebun pisang dan kebun kelapa ayah. Rumput sudah mulai panjang dan menjadikan kebun kelihatan semak. Jadi, racun rumput disembur di kedua dua kebun untuk mengurangkan semak samun. Racun yang digunakan hanya akan menunjukkan kesan selepas beberapa hari. InsyaAllah selepas seminggu, kesan racun rumput akan mula dilihat dikebun. Selapas rumput mati, kebun akan dicuci sekali lagi dan rumput yang mati akan dikumpulkan dan dibakar.

Terdapat juga tanah bakar dari pembakaran semak samun di kebun kelapa. InsyaAllah akan cuba kumpul tanah bakar untuk dijadikan baja sayur sayuran.

Pokok tenggek burung

Pokok tenggek burung yang ditanam ditepi rumah sudah tinggi sehingga mencecah lebih kurang tiga meter. Jadi, pokok terpaksa dipangkas untuk menggalakkan pengeluaran pucuk ulam yang baru dan juga memudahkan pucuk ulam dituai.

Cabai melaka

Cabai melaka yang emak tanam sudah perlu di pindahkan kepasu baru kerana akar sudah memenuhi keseluruhan pasu. Setelah gagal mencari pasu yang sesuai untuk proses pasu semula. Pokok cabai melaka emak akhirnya dipindahkan keatas tanah. Hasil pemerhatian di rumah jiran mendapati pokok cabai melaka kampung menyukai kawasan yang sedikit redup seperti di tepi dinding rumah.

Bunga kantan

Pokok bunga kantan masih belum menunjukkan pertumbuhan yang menggalakkan. Hanya satu sulur baru yang keluar setelah hampir dua bulan ditanam. Jika dibandingkan dengan pokok bunga kantan yang ditanam emak saudara yang sudah semakin berkembang biak dengan banyak sulur.




Bendi

Tanaman bendi sudah mulai mengeluarkan hasil yang konsisten. Buah bendi yang masih muda sesuai untuk dituai. Buah yang sudah tua dibiarkan dipokok untuk dijadikan biji benih. Terdapat juga pokok bendi di kebun pisang ayah. Hanya disemai terus ketanah dan alhamdulillah dua pokok berjaya tumbuh dan mengeluarkan hasil walaupun langsung tidak dijaga dan disiram.



Memancing

Musim memancing masih belum sampai, tetapi terdapat juga ikan yang boleh dipancing di dalam parit. Seronok juga memancing ikan puyu. Ikan yang dipancing dikumpulkan dahulu. Bila sudah banyak bolehlah dijadikan masakan pindang ikan puyu. Terdapat juga ikan haruan yang berjaya dipancing menggunakan umpan tiruan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus