banjir di kebun perumahan, 5 November 2017

Banjir yang teruk berlaku di Pulau Pinang pada awal November turut melibatkan kebun perumahan di sungai dua. Air naik memasuki rumah menjelang petang ahad. Bekalan elektrik dipotong dan keseluruhan taman perumahan bergelap.

Alhamdulillah paras air dikawasan taman tidak tinggi, Pokok cabai melaka masih lagi selamat. Ikan keli didalam kolam pula masih lagi tidak terlepas keluar daripada rumah walaupun air bah sudah melepasi paras kolam. Namun, kelibat ikan patin tidak kelihatan didalam kolam. Harap harap ikan patin masih ada didalam kolam. Perancangan untuk menjadikan ikan patin sebagai masak lemak tempoyak terpaksa dilupakan jika ikan terlepas.

Selepas dua hari kawasan rumah digenangi air. Banjir mulai surut. Para penduduk mulai membersihkan rumah. Banyak barang barang yang rosak dan terpaksa dibuang terutama perabot, buku dan tilam.

Harap harap banjir tidak berlaku lagi didalam masa terdekat kerana kerja perbersihan memerlukan banyak masa.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

  1. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik.

    BalasPadam
  2. Banyakkan sabar ya..banjir ni kita tak dapat elak jika di kawasan rendah dan ada laluan air sungai..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus