projek tanaman sayur selepas banjir

Alhamdulillah banjir sudah surut di kampung. Kesan banjir sangat ketara kepada keadaan di kebun. Tumbuhan tumbuhan yang rendah seperti pokok sayur banyak yang mati. Anak anak pokok mempelam dari biji benih juga kebanyakannya mati. Disamping itu, rumput rumpai juga mati akibat tenggelam didalam air banjir bagi tempoh yang lama.

Kini, kebun menjadi lapang dan kurang rumput rumpai. Rasanya, sekarang adalah masa yang terbaik untuk menanam sayur sayuran kerana kurang kerja kebun yang perlu dilakukan. Disamping itu, musim timur belum masuk sepenuhnya, hujan masih lagi turun walaupun semakin tidak kerap.

Tanaman yang akan dicuba ialah sayur sayur yang kurang perlu penjagaan seperti bayam dan kangkung. Benih jagung juga akan cuba di semai. Penjagaan dan penyiraman sepenuhnya bergantung kepada hujan  yang turun kerana tuan kebun tak dapat menjaga tanaman setiap hari.

Kemungkinan ubi kayu juga akan ditanam. Tanaman lain seperti keladi juga akan ditambah memandangkan kurang perlu kepada penjagaan. Kebun akan menjadi sedikit semak bila keladi semakin banyak, tapi sekurang kurangnya ada hasil daripada dibiarkan kebun penuh dengan semak samun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus