kebun perumahan pasca banjir, 13 November 2017

Alhamdulillah banjir sudah surut di kawasan perumahan

Ikan ikan didalam kolam nampaknya masih ada. Ikan patin yang disangkakan lari bersama air banjir masih ada didalam kolam. Dinding kolam kelihatan sudah mulai lekang. Kemungkinan selepas ini, ikan ikan didalam kolam akan dipindahkan ketempat lain untuk memberi ruang kolam dibersihkan dan dibaiki.

Disebabkan banjir, kebun perumahan mengalami beberapa perubahan ketara. Pokok pokok didalam pasu diubah dan disusun semula supaya kerja kerja pembersihan dapat dilakukan dengan mudah. Banyak rimbunan pokok kaduk dicantas untuk memberi laluan kerja pembersihan. Isteri juga senang hati kerana halaman rumah nampak lebih kemas dan bersih. Banyak barang barang yang tidak digunakan dan rosak dibuang. Terima kasih juga kepada sahabat yang membantu kerja pembersihan.

Jiran disebelah rumah pula baik hati memberi keratan pokok pandan untuk ditanam. Harap harap keratan pandan akan membesar dengan baik.

Pokok daun kari didalam pasu yang sedia ada nampaknya perlu diubah ke pasu yang lebih besar kerana pertumbuhan kelihatan terbantut. InsyaAllah, pokok daun kari akan dikeluarkan dari pasu untuk diteliti sebab pertumbuhan yang terbantut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus