pisang goreng tiga jenis, 29 Disember 2017

Alhamdulillah pisang pisang dari vareiti pisang awak nipah, pisang awak dan pisang nangka yang dibawa balik dari kampung sudah sedia untuk digoreng. Selepas empat hari didalam beg plastik. Kulit pisang bertukar dari warna hijau kepada warna kuning kecuali bagi pisang nangka. Pisang nangka yang dibawa balik sudah agak ranum dan ada yang bertukar menjadi warna hitam. Namun, isinya masih lagi sesuai untuk dibuat pisang goreng.

tiga jenis pisang: Paling kiri pisang awak nipah, atas kanan: pisang awak, bawah kanan: pisang nangka


Tepung yang digunakan ialah tepung goreng cap tangan. Tepung goreng ini sangat popular dikawasan utara. Harganya yang murah dan di pek mengikut beberapa saiz. Jadi, boleh pilih pek yang hendak dibeli mengikut kesesuaian pengguna. Bahan utama didalam tepung cap tangan ialah tepung gandum. Saya tidak gemar menggunakan tepung goreng jenama lain yang popular dipasaran dari jenama terkenal kerana banyak menyerap minyak goreng.

Bancuhan tepung tidaklah terlalu cair dan terlalu likat. Sedikit garam ditambah bagi membangkit rasa. Gunakan air paip atau air sejuk untuk membuat bancuhan. Kebiasaanya saya membelah sebiji pisang kepada tiga bahagian. Jika kecil, pisang dibelah dua sahaja. Bagi pisang nangka yang panjang dan besar, pisang dibelah menjadi bentuk ketulan berbanding bentuk memanjang supaya mudah digoreng.

Jadi, pagi jumaat yang penuh berkah dapatlah merasa pisang goreng awak nipah, awak dan nangka. Masing masing mempunyai rasa manis yang agak berlainan. Paling digemari ialah pisang awak yang hampir ranum. Apabila digoreng, rasanya berbeza berbanding menggunakan pisang yang baru masak dan masih pejal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus