tuaian pisang awak dan nostalgia pisang kelat raja

Alhamdulillah dapat menuai pisang awak bila balik melawat kampung pada awal disember dahulu.

Ada jiran kampung yang menjadi pemborong pisang. Jiran kampung yang prihatin juga ada memberitahu terdapat orang yang masuk mengambil pisang dengan berpura pura hendak membeli pisang. Pada pandangan ayah, biarlah orang mengambil buah pisang, niatkan sebagai sedekah. Saya setuju juga supaya kita tidak terlalu berasa terkilan jika bertandang ke kebun dan melihat pisang sudah ditebang orang lain.

Menjadi rezeki saya kali ini masih terdapat pisang yang sudah sedia untuk dituai. Jadi, selepas selesai kerja menebas kebun pisang, pisang yang hampir masak di tebang dan dihantar ke tempat pemborong pisang. Berat dua tandan pisang awak mencecah 20 kilogram. Dengan harga seringgit bagi satu kilogram. Sebanyak RM22 ringgit dibawa pulang. Terasa sayang juga hendak menjual pisang kerana buah pisang yang sangat cantik pada pandangan saya. Jika dibuat goreng sendiri di rumah pun sedap.

Namun, masih terdapat beberapa tandan pisang yang kecil untuk dibawa balik ke rumah dan dijadikan juadah goreng pisang. Kebiasaannya ayah suka pisang goreng yang dihiris nipis. Sepiring gula merah pula disediakan emak untuk tujuan mencicah. Satu nikmat memakan pisang goreng dengan mencicah gula merah. Orang utara kurang berminat dengan cara pisang goreng yang dicicah kicap seperti di selatan tanah air.

Ayah juga teringat tentang pisang kelat raja yang ada dikebun satu ketika dahulu. Kini, benih pisang kelat raja sudah tiada dikampung. Rasa kelat pisang sangat berbeza dengan pisang awak. Sudah lama saya sendiri merindui rasa goreng pisang kelat raja.

gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

  1. Murahnya harga pisang disana. Sini pisang kelat raja RM5.00 sekilo dan pisang awak pula sekarang antara 3.00 - 3.50 sekilo. Harga tolak setandan rasanya RM2++..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah mahalnya disana,
      dua tempat di sini tawarkan harga yang sama, seringgit,
      mungkin lepas ini saya jual sendiri lebih untung

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus