cuci kebun cuti krismas 25 Disember 2017

Alhamdulillah cuti hari krismas pada 25 Disember tahun ini digunakan untuk melakukan kerja kerja di kebun. Nampaknya rumput dan semak samun sudah meninggi. InsyaAllah akan melakukan kerja kerja menebas rumput tidak lama lagi.

Buat masa ini, kerja yang dapat dilakukan ialah menebang pokok pisang yang sudah masak. Alhamdulillah kali ini, dapat menuai pisang awak nipah. Tuaian ini boleh dikira sebagai bonus kerana pokok pisang ini agak terlindung dari pandangan. Kehadiran buah langsung tidak disedari. Rupa rupanya bila sudah hampir masak baru perasan ada pisang awak yang hampir masak.

Pisang awak nipah yang ditanam dikawasan tanah bendang tidaklah sesubur pisang awak nipah yang ditanam dikawasan berbukit. Buahnya tidak begitu manis. Rasanya sedikit tawar apabila dibuat pisang goreng.

Disamping pisang awak nipah, pisang awak dan pisang nangka turut dapat dituai dari kebun kampung kali ini.

Pokok pokok yang berpenyakit ditebang dan dikumpulkan. Harap harap penyakit pokok pisang tidak akan merebak ke pokok lain.


Menu istimewa gulai ikan sembilang bersama ubi kemili.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, sempat juga singgah di pasar petang Yan. Disana terdapat jualan ikan ikan segar pada waktu petang. Ikan sembilang yang baru dipancing dibeli dengan harga rm25 ringgit sekilo. Ikan sembilang sedap dibuat gulai. Kak Chik menambah pula ubi kemili sebagai tambahan dalam gulai ikan sembilang. Ubi kemili di beli di Nat Isnin Sungai Korok. Alhamdulillah rasa gulai yang sedap bila ikan sembilang dan ubi kemili di satukan dalam masakan gulai.

Masak dirumah memang memenatkan. Namun amat berbaloi kerana lebih menyelerakan berbanding makan diluar. Di kawasan kampung, terdapat tempat masakan lauk campur yang terkenal. Namun, harganya semakin mahal. Jadi, lebih baik beli barang barang mentah dan masak di rumah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus