percubaan memasak beras rebus

Alhamdulillah sudah hampir sebulan mencuba beras rebus. Harga beras rebus mahal sedikit dari harga beras putih. Tetapi tidak semahal beras premium seperti beras siam dan beras basmathi. Tidak banyak pilihan beras rebus yang dapat dibeli. Hanya terdapat beberapa jenama sahaja yang dijual di pasaraya. Beras rebus didalam paket 10 kilogram lebih berbaloi dibeli berbanding paket 5 kilogram. Harga bagi paket 10 kilogram lebih menarik dan murah. Pada mulanya, agak keberatan untuk membeli paket 10 kilogram kerana takut tidak habis. Namun, setelah hampir sebulan menggunakan beras rebus. Nampaknya sangkaan ini meleset.

Jumlah sukatan air memasak beras rebus sama seperti memasak beras biasa. Sebaik baiknya tidak terlalu banyak air supaya nasi yang dimasak tahan lama dan tidak mudah basi. Beras rebus yang dimasak mengeluarkan sedikit aroma yang agak kuat. Nasi dari beras rebus berwana perang pudar.

Saya membilas beras rebus sebanyak tiga kali sebelum dimasak. Berbanding beras biasa yang dibilas hanya dua kali. Air bilasan beras boleh digunakan untuk menyiram sayuran dan tanaman.

Dari segi rasa tidak banyak berbeza seperti rasa beras biasa. Namun, rasanya lebih baik pada pandangan saya berbanding beras perang. Hidangan menggunakan beras rebus nampaknya lebih terasa puas berbanding menggunakan besar biasa. Nasi beras rebus rasanya lebih kenyal dan butir butir nasi lebih besar.

Lebihan nasi boleh disimpan didalam peti sejuk untuk meningkatkan jangka hayat nasi. Bila perlu, nasi tadi boleh dikeluarkan dan dijadikan sebagai nasi goreng. InsyaAllah jimat perbelanjaan dapur dan tidak membazir.

Ulasan

  1. belum pernah cuba ... idea yang menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba BroRi, beras rebus saya beli sudah dekat nak habis :)

      Padam
  2. This is actually the kind of information I have been trying to find. Thank you for writing this information. If you're looking for the best Things to do in the world, this list has something for everybody! From adventure to culture, food to history .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang