balik kampung awal Februari 2018
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Sempat juga untuk melakukan aktiviti di kebun kampung.
Kebun pisang
Aktiviti menebas rumput di kebun pisang sudah 60 peratus siap. InsyaAllah hanya satu sesi lagi diperlukan untuk menebas rumput rumput di kebun pisang. Seterusnya, parit perlu dibersihkan supaya perjalanan air hujan lebih lancar.
Pancing ikan
Aktiviti memancing ikan diteruskan memandangkan cuaca baik sekarang ini. Alhamdulillah seekor ikan haruan berjaya dipancing dan dijadikan ikan kering.
Tanam bunga kantan
InsyaAllah akan cuba mendapatkan benih bunga kantan untuk ditanam di kebun pisang. Akan cuba tanam dikawasan yang kurang risiko banjir kerana pokok kantan akan mati bila terendam dalam air bagi tempoh yang lama.
Siapkan rak kayu didalam stor
Ayah sudah seminggu cuba menyiapkan rak kayu untuk menyimpan barang barang pertukangan seperti tukul dan gergaji. Cuma, ayah sudah tidak mempunyai kudrat untuk memotong kayu dan papan lapis. Jadi, waktu petang sabtu digunakan untuk menyiapkan asa rak kayu.

Ulasan
Catat Ulasan