pancing ikan haruan di tempat baru

Alhamdulillah cuti hujung minggu dapat diluangkan untuk memancing ikan. Rancangan asalnya ialah untuk membersihkan ruang rumah. Tapi rancangan ditukar kerana tidak sempat hendak meluangkan banyak masa untuk membersihkan rumah.

Awal pagi adalah masa terbaik untuk memancing ikan haruan pada masa ini. Musim timur menyebabkan langit tidak berawan. Cuaca akan menjadi cepat panas dikawasan yang terbuka. Jadi, waktu petang kurang sesuai untuk memancing ikan haruan kerana haba masih tinggi. Ikan haruan kurang menggemari suhu yang panas. Jadi, dijangkakan awal pagi lebih sesuai kerana suhu masih dingin. Namun, masa memancing juga lebih terbatas pada musim timur kerana cuaca cepat panas. 

Pada waktu awal pagi, dalam jam 7.30 pagi saya mula bergerak mengesan kawasan memancing ikan haruan di sekitar bendang berhampiran sungai perai. Kebanyakan padi sudah dituai pada masa ini. Jadi, ikan tertumpu kepada kawasan parit dan lopak didalam bendang. Terdapat kabus dipermukaan air sungai kerana suhu dingin pada musim timur ini.




Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menjumpai kawasan yang kelihatan ada ikan. Sudah menjadi rezeki, beberapa ekor ikan haruan berjaya dipancing. Dapatlah saya menambah stok ikan haruan untuk kegunaan sendiri. Ikan haruan yang dipancing disiang terus bila balik kerumah. Ini kerana, saya tidak ada masa untuk menyimpan ikan haruan. Ikan haruan yang disimpan lama akan menjadi kurus kerana tidak makan. Jadi, adalah lebih baik ikan yang dipancing disiang terus dan disimpan didalam peti sejuk.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus