berbuka puasa dengan gulai jantung pisang, Mei 2018
Alhamdulillah bulan puasa kali ini agak kurang perbelanjaan di bazar ramadhan. Kebanyakan juadah berbuka puasa dimasak sendiri. Juadah yang dibeli di bazar ramadhan berjaya dikurangkan. Kadang kadang juadah yang dibeli tidak sempat dihabiskan kerana dibeli secara berlebihan. Pada minggu lepas, saya sempat menyediakan pisang goreng yang dikongsi dengan jiran. Pisang awak yang dibawa balik dari kampung masak dengan cepat. Terdapat bebeberapa lagi sikat pisang yang tidak sempat digoreng. Untuk memanjangkan hayat pisang awak, pisang disimpan didalam peti sejuk. Kulit pisang akan menjadi kehitaman, namun isinya masih lagi kekal pejal dan tidak lembik. Selain itu, jantung pisang yang diperoleh dari kebun pisang juga dibawa balik dari kampung. Emak sudah memesan supaya tidak perlu bawa balik jantung pisang untuk kegunaan emak. Jadi, jantung pisang yang dikutip dari kampung dibawa balik. Gulai jantung pisang menjadi resepi yang sedap untuk berbuka puasa. Untuk penyediaan gulai jantung pisa...