jalan jalan pantai timur bahagian kedua

Selepas berhenti berehat dan bersarapan ringkas di Wakaf Raja, kami meneruskan perjalanan menuju Besut. Kami berhenti berhampiran pantai untuk bersarapan yang lebih berat dan menikmati udang goreng tepung. Gerai tepi jalan ini pada sangkaan saya hanya menyediakan makanan berasaskan goreng tepung. Rupa rupanya, gerai tepi jalan ini rupa rupanya menyediakan bihun, mee dan nasi goreng yang dijual didalam talam. Satu pengalaman baru bagi saya yang tidak pernah mengunjungi kawasan pantai timur.

Selepas bersarapan dan mengisi minyak kereta. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui jalan tepi pantai. Kali ini giliran isteri pula memandu memandangkan saya sudah memandu hampir sembilan jam. Dari Kuala Terengganu, kami bergerak ke Marang untuk masuk ke bilik penginapan yang sudah ditempah awal. Bilik penginapan RAZ hotel terletak berhampiran pantai Kelulut Marang.

Solat jumaat
Jam menunjukkan masa semakin menuju waktu zohor dan kebetulan hari Jumaat. Jadi, selepas mendapat kunci, saya mempersiapkan diri dan bergerak mencari masjid berhampiran. Alhamdulillah dapat juga merasa suasana solat Jumaat di kawasan Pantai Timur. Selepas solat jumaat, saya bergerak mencari makanan. Terdapat banyak gerai berdekatan pantai Kelulut, Marang. Saya mencari makanan unik di Terengganu seperti sata. Harga sata di Terengganu ternyata lebih murah. Puas hati saya makan sata di Terengganu.

Makan malam di Marang
Untuk makan malam, saya memilih gerai di hadapan tempat penginapan sahaja. Hanya perlu lintas jalan dan kami memesan ikan goreng tepung dan juga sotong. Harga makanan ikan goreng tepung agak mahal dan kami terpaksa menunggu masa yang agak lama. Saya kurang berpuas hati dengan pesanan nasi goreng kerana nasi goreng dimasak awal, bukannya berdasarkan tempahan.


Sarapan pagi di Marang
Sarapan ringkas di Marang sebelum kami pergi ke Jeti Marang untuk urusan pendaftaran acara keesokan hari. Sarapan pagi di Marang unik. Kali pertama kami melihat putu beras yang dimakan dengan kuah manisan.


Nasi Dagang
Rakan saya telah memesan nasi dagang yang dibungkus dan dibawa ke Jeti Marang. Hidangan nasi dagang yang dibeli rakan saya hanya nasi dan ikan tongkol beserta kuah sahaja. Saya menyukai rasa ikan tongkol didalam nasi dagang. Namun, saya rasa hidanan nasi dagang akan lebih baik jika ada lauk lauk yang lain.

Jalan jalan ke Dungun
Rakan saya telah mengajak kami ke rumahnya di Dungun. Menjelang tengah hari kami pun bergerak ke Dungun. Kami melalui banyak tempat tempat menarik sepanjang perjalanan seperti Rantau Abang dan beberapa lagi tempat yang menarik. Rumah rakan saya terletak berhampiran dengan sebuah terowong keretapi zaman British yang di tebuk merentasi bukit. Menjelang jam enam petang, kami tiba kembali ke Marang. Kami makan malam secara ringkas kerana esok pagi saya perlu bergerak ke Pulau Kapas selepas subuh. Kali ini, kami memesan hidangan tomyam dan nasi putih sahaja.

Bersambung..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus