jalan jalan pantai timur bahagian akhir

Keesokan harinya bermulalah aktiviti utama jalan jalan di pantai timur. Selepas solat subuh, saya bergegas ke jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Saya dan rakan terlibat dalam acara berenang dilaut dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut, Marang

Acara berenang bermula pada jam 8 pagi. Keadaan cuaca amat baik dan ombak tidak terlalu besar. Pengalaman renang di laut perairan pantai timur satu pengalaman yang baru bagi saya. Lautnya lebih jernih dan tidak merengsa mata. Cuma terdapat banyak sengatan obor obor didalam air. Segala pengalaman berenang digunakan untuk memastikan saya berenang pada arah yang betul. Paling penting bila berenang dilaut ialah untuk sentiasa tenang. Alhamdulillah setelah empat jam berenang, akhirnya saya sampai ke tepian pantai. Tidak lama kemudian, siren dibunyikan menandakan acara tamat. Saya bernasib baik kerana sempat menghabiskan renangan sebelum masa yang ditetapkan.

Selepas sesi bergambar dan makan tengahhari di pantai. Saya balik berehat di chalet. Pada waktu petang, kami bersiar siar di kuala marang. Terdapat pasar malam pada hari ahad di Kuala Marang. Jadi, kami membeli makan malam di pasar malam tersebut. Terdapat juga jualan ulam ulaman segar di pasar malam tersebut.

Keesokan harinya, kami mula bertolak balik ke Pulau Pinang. Sekali lagi sarapan ringkas di warung berdekatan chalet. Didalam perjalanan balik, kami sempat singgah di masjid terapung, pasar payang dan bukit bunga.

Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan walaupun semasa perjalanan dari bukit bunga ke hentian titiwangsa hujan sangat lebat. Terdapat kereta yang terbabas dan terbalik di tepi jalan. Syukur kerana pemandu dan penumpang kereta tersebut selamat.

InsyaAllah jika ada rezeki kami akan berkunjung lagi ke negeri negeri pantai timur.


Gambar gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang