cabai burung di kebun kampung

Alhamdulillah dapat balik ke kampung untuk berbuka puasa. Cuaca bulan puasa kali ini tidak terlalu terik tetapi tetap panas dan lembap. Aktiviti berkebun ada dijalankan namun terhad kerana badan cepat berpeluh.

Didalam kesempatan ini, saya sempat bertandang ke kebun pisang. Alhamdulillah banyak pisang yang hampir masak dan boleh dituai sebelum akhir bulan puasa. Masa untuk balik ke kampung agak terhad. Jadi, kemungkinan besar saya hanya dapat menjenguk kembali kebun pisang pada akhir ramadhan kali ini insyaAllah.

Bahagian tepi kebun pisang yang bersempadan dengan jiran sudah dibersihkan oleh jiran. Saya mengucapkan terima kasih kerana menolong membersihkan bahagian tepi pagar. Saya akui kebun agak semak kerana rumput tidak dipotong. Kemungkinan perlu membeli mesin rumput yang baru kerana mesin rumput yang sedia ada terlalu kerap rosak.

Semaian keratan pokok herba pecah beling yang dibawa balik daripada kebun perumahan turut ditanam di tepi jalan, Semoga pokok hidup dan menjadi pagar untuk kebun pisang.

Didalam kebun pisang juga terdapat beberapa anak pokok cabai burung yang tumbuh. Kemungkinan besar jumlah anak pokok cabai begitu banyak kerana burung burung tertarik kepada pisang pisang yang masak di dalam kebun pisang. Terdapat tandan pisang yang terlalu kecil untuk dibawa balik yang dibiarkan masak diatas pokok dan dibiarkan untuk burung burung.

Buat masa ini, pokok tidak diubah, kemungkinan besar pokok akan diubah supaya kebun lebih kemas dan pokok cabai burung akan terselamat daripada ditebang apabila saya mula memotong rumput didalam kebun.

Musim menanam padi juga sudah hampir bermula. Bendang sudah mula di bajak dan digenangi air. InsyaAllah bulan Ogos dan September 2018 sawah padi akan masak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus