balik kampung raya, Jun 2018
Alhamdulillah dapat balik beraya di kampung pada cuti kali ini. Banyak aktiviti menarik yang sempat dilakukan. Cuti selama 8 hari di kampung terasa puas. Namun, masih banyak lagi perkara yang tertangguh di kebun untuk diuruskan. Masa dikampung banyak dihabiskan untuk berhari raya dan mengemas kawasan sekitar rumah. Memancing ikan puyu Diantara aktiviti yang dinantikan oleh anak saudara ketika cuti di kampung. Jadi, saya hanya melayan permintaan mereka. Alhamdulillah, parit di belakang rumah masih lagi mempunyai penghuni didalamnya. Beberapa ekor ikan puyu yang besar berjaya dipancing. Joran teleskopik menjadi pilihan untuk memancing kerana mudah digunakan oleh anak saudara yang masih kecil. Umpan yang digunakan ialah cacing tanah yang digali sekitar belakang kampung. Teknik memancing puyu haruslah betul, barulah ada sambaran yang banyak. Tali pancing harus diletakkan pelampung sekitar satu jengkal daripada matakail. Jika tidak, ikan puyu susah untuk menjumpai umpan yang terbenam ke...