perkembangan kebun perumahan awal jun 2018

Alhamdulillah cuti panjang semasa minggu lepas dapat diluangkan untuk mengemas kebun perumahan. Ruang depan rumah disusun semula. Barang barang yang tidak perlu dibuang.

Timer siraman
Timer untuk siraman perlu ditukar bateri kerana bateri sudah menunjukkan tanda semakin lemah. Penukaran bateri dilakukan dengan mudah. Cuma perlu di tetapkan semula masa penyiraman. Disamping itu, saya juga melakukan percubaan siraman untuk memastikan sistem penyiraman berjalan dengan baik.

Cabai melaka
Alhamdulillah cabai melaka yang ditanam masih lagi mengeluarkan hasil. Buah cabai melaka yang bersaiz sesuai dituai. Dapatlah dalam kuantiti segenggam. Sehingga kini masih belum digunakan. Selepas cabai melaka dituai. Saya melakukan pembajaan sekali lagi.

Pokok tebengau/lemak ketam
Pokok tebengau yang ditanam berhampiran kolam ikan semakin tinggi dan sudah berbuah. Pokok ini juga menghalang sinaran matahari sampai ke ruang parkir kereta sehingga menyebabkan pokok daun kari menjadi terbantut. Sepatutnya pokok ini ditanam untuk mendapatkan pucuk dan perlu dipangkas selalu. InsyaAllah akan dipangkas tidak lama lagi supaya keluar pucuk pucuk baru. Saya juga merancang untuk mengubah pokok ini balik ke kampung. Kemungkinan memerlukan kereta yang sesuai.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus