perkembangan kebun kampung awal jun 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung buat seketika di bulan ramadhan untuk berbuka puasa.

Masa agak terbatas kerana ada urusan lain. Sedikit kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin untuk menjengah kebun di kampung. Musim sekarang adalah masa yang sesuai untuk menyemai benih sayur sayuran kerana hujan turun secara konsisten.

Bendi
Pokok bendi yang disemai beberapa minggu lalu semakin membesar. Kemungkinan tidak lama lagi akan ada hasil bendi. Musim hujan sekarang menjadikan pertumbuhan pokok bendi sangat cepat.  Nampaknya perlu menyemai lagi benih bendi supaya dapat memberi hasil yang mencukupi untuk kegunaan di rumah.

Benih benih lama
Percubaan menyemai benih benih lama yang dibeli beberapa tahun lepas. Harap harap ada yang bercambah. Kesibukan tugas menyebabkan aktviti berkebun tergendala. InsyaAllah akan cuba habiskan stok benih benih yang lama sebelum memberi benih yang baru.

Serai
Serai yang ditanam sudah sesuai untuk dituai. Jadi, beberapa batang serai dituai untuk dibawa balik. Dibulan puasa, kemungkinan batang serai boleh ditambah dalam minuman.

Mempelam
Musim mempelam sudah tiba kembali. Buah mempelam dari vareiti chokanan sudah banyak mengeluarkan hasil. InsyaAllah akan cuba menuai bila balik untuk hari raya nanti.

Memancing
Percubaan memancing kali ini tidak berhasil. Didapati juga parit di belakang rumah terjejas teruk dengan sampah yang dibuang jiran. Dilema bagaimana hendak menegur jiran dengan perbuatan membuang sampah kedalam parit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus