perkembangan kebun perumahan, 20 Julai 2018

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Pokok cabai melaka masih lagi mengeluarkan hasil yang baik. Hasil yang banyak dikongsi dengan jiran jiran. Jika ada yang memerlukan cabai melaka, boleh datang dan petik sendiri cabai melaka di luar rumah.

Disamping itu, pokok pandan yang ditanam sejak November tahun lalu semakin membesar dan berkembang biak dengan baik. Sistem penyiraman automatik membolehkan pokok pandan mendapat air yang secukupnya secara konsisten. Sebelum ini, percubaan menanam pokok pandan tidak berhasil kerana pokok mati akibat kekurangan air.

Tanam bayam
Sudah lama pokok bayam tidak ditanam di kebun perumahan. Jadi, benih baru bayam dibeli dan di tabur didalam pasu pasu yang masih kosong. InsyaAllah jika benih bernas dan mendapat air yang cukup. Bolehlah merasa sayur bayam pada pertengahan bulan depan.

Thai basil
Pokok thai basil masih lagi bertahan dan tumbuh dengan sendiri di hadapan ruang rumah. Sebelum ini, pokok thai basil hanya disemai sekali. Kemudian benih benih mulai terhasil dan tidak perlu lagi semaian biji untuk kali seterusnya.

Pokok lemak ketam
Pokok lemak ketam dihadapan rumah sudah terlalu tinggi. InsyaAllah akan ditebang secepat mungkin supaya ruang halaman rumah lebih mendapat sinaran matahari dan mengurangkan kerja kerja menyapu daun daun kering.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang