balik kampung raya cina 2020

Alhamdulillah dapat balik kampung pada cuti hari raya cina tahun ini. Cuaca di kampung panas terik seiring dengan musim timur sekarang.

Pokok mempelam berbunga

Pokok pokok mempelam di kawasan sekitar rumah sudah mula berbunga. Pokok mempelam tidak berbunga serentak. Ada pokok yang mengeluarkan bunga secara beberapa berperingkat. Jadi, diatas pokok terdapat buah yang sudah terbentuk dan ada bahagian yang baru mengeluarkan bunga. Paling menarik pada tahun ini, pokok mempelam harum manis mulai berbunga. Harap harap dapat merasa buah mempelam harum manis dari pokok sendiri tahun ini insyaAllah.

Pokok pisang

Alhamdulillah pokok pisang disekitar rumah masih lagi bertahan dimusim timur ini. Cuaca panas terik. Pokok pokok pisang tanduk sudah hampir enam bulan ditanam, namum saiznya masih kecil. Pokok pisang memerlukan bekalan air yang banyak. Kekurangan bekalan air menyebabkan pembesaran pokok pisang terbantut.

Terdapat pokok pisang awak yang sudah masak dan ditebang untuk dibawa balik ke Pulau Pinang.


Jalan jalan cari dedak ayam

Awal pagi isnin, ayah mengajak saya mencari dedak makanan ayam. Kali ini ayah hendak beli dalam kuantiti yang banyak. Jadi, kami bergerak awal pagi ke Tunjang untuk ke kedai menjual makanan ternakan. Namun, kedai tersebut tutup kerana taukenya masih bercuti hari raya cina. Jadi, saya memandu kereta ke pekan Jitra sambil berharap dapat berjumpa kedai yang menjual makanan ternakan. Namun hampa kerana kami tidak menjumpai sebarang kedai.

Saya teringat sebuah kedai menjual makanan ternakan yang diusahakan orang melayu di Taman Nuri. Jadi, kami bergerak dari Jitra ke Alor Setar melalui Hutan Kampung untuk sampai ke Taman Nuri. Alhamdulillah kedai tersebut beroperasi dan terdapat pasar tani setiap hari isnin di taman Nuri.

Di kedai tersebut terdapat juga anak anak ayam, itik dan angsa yang dijual. Harga sepasang angsa hampir seratus ringgit. Kami tak jadi beli anak angsa kali ini walaupun ayah agak berkenan untuk mendapatkan benih anak angsa. Kami bawa balik ke rumah dengan membeli dedak ayam seberat 25 kilogram.


Pokok betik

Anak pokok betik yang dibawa balik dari Pulau Pinang telah ditanam di kawasan belakang rumah. Harap harap anak pokok betik dari vareiti betik sekaki akan tumbuh dengan baik. InsyaAllah pokok akan dibaja sebaik mungkin. Untuk membantu pokok betik hidup di musim timur ini, teduhan daripada daun kelapa dibuat disekeliling pokok betik untuk mengurangkan terik matahari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang