balik kampung, 14 Jun 2020

Alhamdulillah, dapat juga balik ke kampung, setelah hampir 3 bulan menunggu untuk balik ke kampung. Perasaan teruja untuk menjenguk kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Bagaimana keadaan rumah, pokok pokok, ayam dan ikan yang ditinggalkan. Perjalanan balik ke kampung lancar dan lebuh raya juga tidak sesak.

Misi balik kampung kali ini adalah untuk mengemas rumah dikampung dan menziarah kak Chik. Mak dan ayah masih lagi berada di Selangor dan akan pulang pertengahan minggu. Jadi, sedikit kerja mengemas rumah perlu dilakukan sebelum mak dan ayah balik ke kampung.

Musim buah mempelam

Tahun ini, kami terlepas untuk merasa buah mempelam bagi musim kali ini. Bila balik ke kampung, hanya tinggal biji biji buah mempelam diatas tanah. Hanya dimakan oleh ayam dan adik beradik yang sempat balik ke kampung. Tiada rezeki untuk merasa buah mempelam kali ini. Pokok mempelam harum manis yang baru hendak mula berbunga diluar musim. Harap harap ada rezeki untuk merasa buah harum manis dari pokok di kampung.

Kebun kelapa dan kebun pisang

Kebun kebun di kampung hanya dapat dijenguk sepintas lalu. Tak sempat hendak masuk kedalam kebuh. Pokok pokok liar sudah mula membesar dan menyebabkan kebun semakin kelam dan semak. InsyaAllah akan cuba untuk menebas semak samun bila ada kesempatan. Pokok pisang  yang ditanam sebelum ini masih lagi bertahan walaupun pertumbuhan agak perlahan.

Kebun pisang menunjukkan tanda tanda buah diambil orang. Saya tidak dapat berbuat apa apa kerana tidak sempat hendak memantau kebun akibat perintah PKP.

Ayam ayam mak

Ayam ayam mak masih ada, cuma jumlahnya semakin berkurangan. InsyaAllah akan cuba menambah anak ayam baru supaya mak dalam membela nanti. Ayam belanda juga tinggal induk sahaja. Anak anak ayam belanda yang berusia sekitar tiga bulan sebelum ini hilang entah kemana.


Akuarium ayah

Akuarium besar ayah masih lagi bertahan. Ikan ikan didalam akuarium masih lagi sihat walaupun air didalam kotor kerana pam air rosak. Nasib baik, ada pam oksigen yang dipasang berasingan masih lagi berfungsi. Sebelum ini, pengudaraan akuarium bergantung sepenuhnya kepada sistem pam air. Pada akhir bulan Februari sebelum PKP bermula, saya sempat memasang sistem pam oksigen. Jadi ikan ikan masih lagi mendapat bekalan oksigen walaupun sistem pam rosak. Kali ini, saya tukar pam kepada pam yang baru bagi menggantikan pam lama yang sudah berusia lebih sepuluh tahun.


Sesi balik kampung kali ini sangat singkat. Tidak banyak kerja yang dapat dilakukan. InsyaAllah akan cuba luangkan masa lebih lagi di kampung pada masa akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang