perancangan tanaman musim hari raya 2020
InsyaAllah tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Walaupun sambutan tahun ini sangat berbeza dengan tahun tahun sebelumnya. Tidak ada ziarah menziarah dan kunjung mengunjung. Hati teringin untuk balik ke kampung. Namun, apakan daya, perintah kawalan masih lagi berlangsung. Saya akan cuba isi masa yang ada dengan beberapa aktiviti berkebun dikawasan perumahan yang banyak tertunda. Sayur sayuran Alhamdulillah cuaca sekarang sangat sesuai untuk menanam sayur sayuran. Hujan yang kerap menjadikan sayur sayuran jenis daun dapat tumbuh dengan baik. InsyaAllah akan cuba menyemai benih benih sayuran yang mudah tumbuh dan dijaga seperti kangkung dan bayam. InsyaAllah saya akan cuba menanam benih lobak putih juga. Sudah lama saya tidak menanam sayur sayuran jenis lobak putih. Lobak putih mudah ditanama dan dapat dituai dalam tempoh yang cepat. Ikan kaloi InsyaAllah saya juga akan mencari benih ikan kaloi untuk dbela didalam kolam. Ikan kaloi yang saya pernah bela sebe...