perancangan tanaman musim hari raya 2020

InsyaAllah tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Walaupun sambutan tahun ini sangat berbeza dengan tahun tahun sebelumnya. Tidak ada ziarah menziarah dan kunjung mengunjung. Hati teringin untuk balik ke kampung. Namun, apakan daya, perintah kawalan masih lagi berlangsung. Saya akan cuba isi masa yang ada dengan beberapa aktiviti berkebun dikawasan perumahan yang banyak tertunda.


Sayur sayuran

Alhamdulillah cuaca sekarang sangat sesuai untuk menanam sayur sayuran. Hujan yang kerap menjadikan sayur sayuran jenis daun dapat tumbuh dengan baik. InsyaAllah akan cuba menyemai benih benih sayuran yang mudah tumbuh dan dijaga seperti kangkung dan bayam. InsyaAllah saya akan cuba menanam benih lobak putih juga. Sudah lama saya tidak menanam sayur sayuran jenis lobak putih. Lobak putih mudah ditanama dan dapat dituai dalam tempoh yang cepat.


Ikan kaloi

InsyaAllah saya juga akan mencari benih ikan kaloi untuk dbela didalam kolam. Ikan kaloi yang saya pernah bela sebelum ini telah lama mati. Saya akan cuba mencari benih ikan kaloi sabah dan juga ikan kaloi merah. Ikan kaloi mudah dibela dan tahan lasak. Saya juga akan cuba untuk membaiki sistem feeder makanan ikan. Jika berjaya, saya akan tambah beberapa jenis ikan lagi seperti tilapia dan patin. Kawasan sekitar kolam juga perlu disusun semula agar nampak lebih kemas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus