bayam brazil di kebun perumahan

Alhamdulillah percubaan menanam bayam brazil di kebun perumahan sudah berhasil. Apa yang membanggakan saya ialah bukan saya yang menanam. Tetapi isteri yang beriya iya untuk menanam bayam brazil. Perbagai bentuk pasu dibuat daripada barang barang terpakai untuk dijadikan sebagai medium tanaman.

Penanaman bayam brazil adalah mudah. Hanya perlu cucuk keratan bayam brazil ke dalam tanah. Tanah disiram supaya lembab untuk menggalakkan akar baru keluar. Selepas lebih kurang sebulan, pucuk pucuk bayam brazil sudah sedia untuk dituai. Bayam brazil sesuai dijadikan tanaman bagi mereka yang baru hendak berjinak jinak berkebun.

Penggunaan bayam brazil dalam sajian boleh dipelbagaikan. Isteri saya suka bayam brazil yang direbus atau dimasak sup sebagai ganti bayam biasa.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus