perkembangan kebun kampung di akhir PKP fasa 4, tikus selongkar rumah

Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan menyebabkan saya masih tidak dapat balik ke kampung. Terdapat berita yang mengatakan kejadian ribut dan hujan lebat di kampung sehingga menyebabkan kejadian bumbung rumah tercabut, banjir dan pokok tumbang disesetengah tempat di Kedah. 

Alhamdulilllah keadaan rumah di kampung masih baik dan tiada kejadian pokok tumbang dikawasan rumah kampung. Namun, abang ipar sempat singgah sekejap ke rumah dikampung semasa tempoh PKP kerana ada tugasan. Keadaan didalam ruang dapur rumah menjadi berselerak. Disebabkan tiada penghuni dan tiada kucing, tikus didalam rumah bermaharajalela mencari makanan dan membongkar kawasan dapur.

Diantara sebab banyak tikus dirumah kampung ialah banyak tempat untuk tikus bersembunyi. Terdapat ruang persembunyian diantara lantai kayu rumah dibahagian atas. Dulu dulu ayah menambah kepingan asbestos untuk menutup ruang ruang lantai kayu. Pada siang hari, tikus akan bersembunyi disitu dan mula keluar mencari makan apabila menjelang malam.

Saya sendiri pernah ada pengalaman bagaimana keadaan dapur rumah taman apabila ada seekor tikus yang berjaya menyelinap masuk kedalam rumah perumahan sebelum ini. Habis barang dapur rosak akibat digigit tikus. Setelah beberapa hari mencari, akhirnya tempat persembunyian tikus berjaya dijumpai dan tikus tersebut dimusnahkan. Seekor tikus sudah cukup untuk menyebabkan kerosakan besar.

Makanan makanan yang masih elok dalam bungkusan diberi kepada jiran manakala yang selebihnya dibuang untuk mengelakkan tikus terus menyelongkar ruang dapur.

InsyaAllah, bila dapat balik ke kampung selepas ini, akan pasang perangkap tikus dan cari kucing supaya tikus tidak bermaharaja lela. Buat masa ini, hanya mampu berharap rumah kampung akan terus terjaga. Nampaknya harapan untuk menjenguk kampung dan menikmati buah buah di kampung dan suasana kampung terpaksa ditunda buat masa ini.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus