balik kampung 27 Mac 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas.

Cuaca masih lagi tersangat panas. Cuaca pada hari sabtu direkodkan pada suhu 37 darjah celcius. Awan awan kecil sudah mula kelihatan dilangit. Harap harap musim kering akan berakhir dengan cepat.

Bendang
Buat masa ini, aktiviti bendang hanya tertumpu kepada membajak sawah yang kering. Disamping itu, ada petani yang menabur kapur di bendang untuk mengelakkan bendang menjadi masam ( ph tanah tinggi ). Ayah kini mengupah kebanyakan kerja mengurus penanaman padi kerana sudah tidak kuat seperti dulu lagi. InsyaAllah kalau ada masa akan cuba membantu.

Pengairan untuk musim penanaman padi nampaknya sudah dimulakan kerana air di terusan utama dari jerlun ke gunung sudah mula dipenuhi air. Tali air yang sebelum ini dipenuhi rumput rumpai kini dipenuhi air.

Kebun mempelam
Kebun mempelam dibelakang rumah baru hendak mula berbunga. Daun daun kering dan rumput perlu dikumpul dan dibakar untuk memusnahkan tempat pembiakan serangga perosak seperti kumbang.

Kutip benih terung dan petola ular
Benih terung yang banyak kering di tangkai dikutip. Terdapat juga benih petola ular yang mana pokoknya sudah mati. InsyaAllah akan disemai kembali apabila cuaca semakin baik.

Memancing
Alhamdulillah dapat memancing lagi pada kali ini. Seekor lagi ikan haruan berjaya dipancing. Ikan yang dipancing minggu lepas pula mati dan dijadikan ikan kering. Antara kepuasan memancing ikan haruan ialah, dapat bawa balik dan tunjuk hasil pancing pada emak di rumah.

Ziarah keluarga sahabat
Pada kesempatan balik kampung kali ini juga ziarah keluarga sahabat yang baru meninggal dunia di buat. Semoga arwah ditempatkan bersama sama orang yang soleh.

Ulasan

  1. Seronok balik kampung kan...macam2 ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah selalu teringat nak balik kampung bila ada kelapangan :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus