perkembangan kebun kampung 17 Disember 2016

Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun kampung di Alor Setar. Masa masih lagi belum mengizinkan untuk aktiviti kebun bagi tempoh yang lama. Cuaca sudah semakin bertukar ke musim timur dimana cuaca semakin sejuk dan kering.

Terung dan bendi
Buah terung sudah boleh dituai. Walaupun kecil, namun puas hati dengan hasil dari kebun sendiri. Bendi sulung juga berjaya dituai dari pokok.

Anak anak pokok terung yang dipindahkan ke kawasan kebun juga nampak masih lagi bertahan.

Bersih kampung
Batang batang kayu dari pokok  yang ditebang dikumpulkan dan dibakar. Rutin bulanan memotong rumput di kawasan mak menyidai kain juga berjaya dilakukan. Kerja kerja membersih parit masih lagi tertangguh. Kemungkinan masuk tahun baru baru boleh melaksanakan tugasan tersebut.

Bendang
Bendang ayah sudah mula mengeluarkan bunga padi. Tidak banyak aktiviti bendang yang dapat dilaksanakan pada masa ini. Kebanyakan kerja diupah pada orang kampung. Harap harap pada musim hadapan dapat meluangkan lebih banyak masa di bendang.

Gambar akan diletakkan kemudian.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus