musim baru permulaan menanam padi

Alhamdulillah penanaman padi bermula lagi di kawasan Alor Setar. Keadaan hujan sekarang sesuai untuk aktiviti menanam padi.



Petak bendang dibajak dan diratakan untuk kerja penanaman padi. Benih padi direndam semalaman, sebelum diangkat dan dibiarkan didalam beg benih bagi membolehkan benih padi bercambah.

Petak bendang akan dikeringkan sebelum kerja penanaman padi untuk kerja menabur benih. Pada masa ini juga anak anak ikan akan mulai masuk ke bendang.



Banyak juga anak anak ikan yang terperangkap disaluran air dan dapat ditangkap dengan mudah.



Kerja kerja menabur benih padi memerlukan tenaga tulang empat kerat untuk mengangkut benih ke tengah bendang. Kemudian, benih ditabur dengan menggunakan mesin yang digalas dibelakang petani. Selepas beberapa hari, benih akan bercambah dan racun perosak perlu disembur untuk mengelakkan benih dimakan siput gondang.

Banyak lagi kerja kerja dikampung yang perlu dilakukan seperti menebas semak samun dan membersih kebun. Namun, faktor masa menghadkan aktiviti. Harap harap dipermudahkan urusan urusan dikampung.

Ulasan

  1. Gunung Keriang...mmm..teringat kat rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila balik kampung dari lebuh raya sudah nampak Gunung Keriang, tak sabar dah nak sampai rumah

      Padam
  2. Teringat waktu kecik2 mengusahakan sawah padi.
    Semuanya tinggal kenangan. Kini sawah padi dh jadi kebun kelapa sawit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap harap anak cucu masih boleh merasa suasana bendang, boleh bawa jalan jalan di Kedah :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos