perkembangan kebun perumahan 29 April 2014

Alhamdulillah beberapa perkembangan kebun dalam kesibukan tugas.

Terung erdine
benih terung yang di semai sudah bercambah dan sedia untuk di pindah ke bekas penanaman. InsyaAllah akan cuba dibesarkan secepat mungkin.

Kompos cacing
Pasu kedua yang menjadi tempat kompos cacing nampaknya sudah nampak serasi. Cacing sudah mula memakan sisa makanan. Kelembapan harus diperiksa dari masa ke semasa.

Ikan keli
Seekor ikan keli dalam kolam mati. Sebab kematian tidak dapat dipastikan. Saiz ikan agak besar.

Timun
Timun white wonder belakang rumah berjaya dituai sebanyak dua biji. Mungkin bulan depan pokok akan diganti kerana sudah tua.

Timun jepun juga berjaya dituai hari ini. Timun biasa pula sedang membesar dan memerlukan air yang banyak.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus