perkembangan bekas kompos cacing

Alhamdulillah, bekas kompos cacing menunjukkan kemajuan dan semakin sihat. Sayur yang tidak habis akan diberikan kepada cacing cacing. Selepas seminggu dua, sayur perlu ditambah.

Terdapat beberapa organisma lain yang hidup bersama kompos seperti siput kecil dan kutu kayu. Nampak kesibukan haiwan haiwan ini menguraikan sayuran.

InsyaAllah akan cuba membuat beberapa lagi bekas kompos cacing kerana saya dapati kadar penghasilan sisa sayuran daripada aktiviti memasak sangat tinggi. Cacing cacing akan cuba dibeli dari kedai akuarium ataupun digali sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus