cara bela cacing untuk kompos

jika dulu dulu ramai yang menyertai industri bela cacing untuk mendapatkan baja cacing dan berharap mendapat keuntungan. sekarang rasanya industri ini agak perlahan. Namun potensi masih besar bagi yang ingin membantu menghasilkan baja berkualiti dan menyelamatkan alam sekitar.

sebelah kira ialah baja tahi cacing, sebelah kanan ialah sepaket cacing yang dibeli dari kedai akuarium

kelihatan cacing dan baja yang terhasil

Tips tips memulakan aktiviti membela cacing untuk kompos

1. beli cacing di kedai pancing, murah harga dlm RM 2.50 sepaket. Boleh beri RM 10 untuk 4 paket.
2. sediakan pasu besar, lapik pasu besar dengan pelapik pasu.
3. masukkan tanah dan campuran kompos sekadar separuh pasu
4. sirap air supaya tanah dan kompos basah
5. masukkan cacing
6. masukkan makanan dan sisa kebun. Elakkan makanan dari jenis tulang, daging dan lemak. Makanan yang boleh diberi seperti sisa lebihan nasi, pasta, roti berkulat dan lain lain.
7. tutup dengan penutup besar agar menutupi pasu.
8. tambah makanan dari masa kesemasa, periksa kelembapan

Kedatangan serangga adalah biasa. Biarkan cacing dan serangga berkerja sama mengurai sisa makanan.

InsyaAllah dalam beberapa masa cacing akan membiak dan banyak baja tahi cacing yang terhasil untuk kegunaan kebun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus