perkembangan kebun perumahan, sawi renek sedia dituai

Alhamdulillah pada hujung minggu ini dapat juga mengurus kebun perumahan walaupun jadual sangat padat.



Sawi renek
Sawi renek sudah sedia untuk dituai. Perosak seperti siput dan lintah bulan dikumpul dan dimusnahkan. Jika tidak kemungkinan tidak ada tuaian langsung. Semaian baru sawi renek turut dimulakan didalam pasu yang baru. Disamping itu, terdapat anak benih tomato dan bayam yang tumbuh didalam bekas sawi renek. Tidak pasti bagaimana benih tomato dan bayam boleh tumbuh didalam bekas tersebut.

Ikan haruan
Ikan haruan yang dipancing kebanyakannya mati beberapa hari selepas dipancing. Ikan disiang dan dijadikan ikan kering. Perancangan untuk dibawa balik ke kampung terpaksa ditangguhkan dahulu. InsyaAllah akan cuba memancing ikan lain.

Terung
Terung pada musim kering ini menhasilkan buah yang pendek. Harap harap apabila musim hujan kelak lebih banyak hasil dari pokok terung.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus