memancing ikan haruan 24 Mac 2018

Alhamdulillah minggu ini dapat meluangkan masa memancing dengan anak saudara. Kebetulan cuti kolej vokasional masih berbaki satu hari. Jadi sempatlah anak saudara mengikut aktiviti memancing kali ini. Seminggu sebelum ini, saya sudah memaklumkan kepada anak saudara yang aktiviti memancing mungkin diadakan. Jadi, saya kotakan janji supaya terubat sedikit gian memancing anak saudara.

Aktiviti memancing haruan kali ini berlangsung di kawasan berhampiran taman pembelajaran hutan Air Itam, Sungai Dua. Waktu memancing bermula agak lambat kali ini, sekitar jam 9.30 pagi. Sebaiknya waktu memancing dimulakan lebih awal kerana matahari belum terik. Ketika waktu awal pagi, ikan haruan akan berkeliaran dan lebih mudah dipancing. Apabila matahari sudah semakin naik, ikan mula bersembunyi dibawah rumput rumpai. Namun, kami gagahi juga memancing dibawah panas terik dan cuba memujuk ikan haruan supaya memakan umpuan.

Umpan yang digunakan kali ini ialah umpan tiruan yang meniru bentuk katak. Apabila umpan dibaling ke arah rumpai dipermukaan air. Umpan perlu digerak gerakkan supaya meniru pergerakan katak yang hidup. Beberapa kali umpan disambar, namun masih belum ada ikan yang berjaya dinaikkan. Jadi, kami mengubah lokasi pancing ke kawasan yang baru.

Akhirnya, dilokasi baru, beberapa sambaran diperolehi dari ikan haruan. Dua daripada sambaran ikan berjaya dinaikkan ke darat. Alhamdulillah cukuplah sekadar rezeki yang diberi Allah SWT. Sebelum balik, kami sempat menjala ikan sepat untuk dijadikan ikan kering. Ikan haruan yang dipancing disiang dan disimpan didalam peti sejuk.

Keesokan harinya, saya memancing lagi berseorangan. Kali ini, ikan haruan yang lebih besar berjaya dipancing. Didalam hati, bolehlah dijadikan ikan haruan bakar untuk makan beramai ramai. Namun, ikan haruan tersebut mati sebelum sempat saya siang disebabkan saya perlu bergegas pulang ke kampung. Isi ikan sudah tidak sedap jika hendak dijadikan lauk segar . Ikan haruan yang mati disiang dan digaramkankan. Disebabkan saiz ikan yang besar, saya membelah belakang pada kedua dua bahagian tulang ikan haruan supaya garam dapat dilumurkan sebih sekata pada isi ikan. Selepas digaramkan, ikan dibiar beberapa jam supaya air garam meresap kedalam isi ikan. Disamping itu, darah dan saluran darah ikan dibuang daripada ikan supaya kurang menarik perhatian lalat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus